ALOR SETAR: Kesukaran dihadapi bekas pemain bola sepak Kedah era 90-an, Abdul Rahman Tasu, 61, yang menderita akibat angin ahmar mendapat perhatian ramai pihak setelah mengetahui keadaan terkini beliau. Keprihatinan mereka termasuk rakan-rakan seperjuangan yang pernah bersama-sama menyarung jersi pasukan Kedah satu ketika dahulu memberi semangat untuk Abdul Rahman kembali pulih. Isterinya, Asmanida Ismail, 45, berkata, Abdul Rahman kelihatan lebih ceria dan segar berbanding sebelum ini yang sentiasa lesu memikirkan…