Polis siasat ‘kehilangan’ Taib Mahmud dari hospital

Polis siasat ‘kehilangan’ Taib Mahmud dari hospital

ABDUL TAIB MAHMUD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Polis Sarawak sedang menyiasat kes bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang didakwa dibawa keluar dari sebuah hospital swasta di sini tengah malam semalam.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan cuai sehingga membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.

“Pihak polis kontinjen Sa­rawak telah terkesan satu pos­ting tular membabitkan bekas TYT Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang dimuat naik di media sosial.

“Sehubungan itu, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan perkara ini dan tidak membuat sebarang spekulasi,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Sementara itu, Mancha mem­beri amaran agar orang ramai tidak berkongsi atau mem­buat spekulasi mengenai per­kara berkenaan kerana tindakan boleh diambil terhadap mereka yang menyebarkan maklumat palsu.

“Tindakan juga boleh diambil mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana menggunakan kemudahan rangkaian secara tidak wajar,” tegasnyai.

Laporan polis yang didakwa dibuat oleh seorang doktor hospital swasta itu tular di media sosial, semalam.

Dalam laporan itu, pengadu mendakwa Abdul Taib te­lah dibawa keluar dari hospital berkenaan oleh ahli keluarga beliau meskipun telah dinasihatkan oleh doktor agar beliau kekal menerima rawatan sewajarnya.

Susulan itu, portal berita yang berpangkalan di London, Sarawak Report mendakwa berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh doktor berkenaan, Abdul Taib yang sedang menerima rawatan dibawa balik secara paksa ke rumahnya di Demak Jaya, di sini, tengah malam semalam.

Taib kemudian diletakkan di atas kerusi roda dan diusung keluar dari hospital dan dibawa menaiki sebuah kenderaan.

Taib, 87, berkhidmat selama tiga penggal sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak dari 1 Mac 2014 hingga 26 Jan lalu, apabila Wan Junaidi Tuanku Jaafar menggantikannya.

Sementara itu, Premier Sa­rawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg enggan menja­wab sebarang spekulasi berhubung dakwaan bekas Ketua Menteri Sarawak itu dibawa keluar dari bilik unit rawatan rapi (ICU) tengah malam tadi seperti didakwa oleh portal berita Sarawak Report.

“Saya tidak tahu” katanya ringkas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×