Polis lupus barang kes bernilai RM2.89 juta

Polis lupus barang kes bernilai RM2.89 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 42,408 barang kes dan wang tunai berjumlah RM24,106 dilupuskan dengan keseluruhan dianggarkan lebih RM2.89 juta.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pelupusan barang kes itu membabitkan 492 kertas siasatan yang sudah selesai antara 2010 hingga tahun lalu. 

Katanya, barang kes terbabit adalah rampasan dari lima daerah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) di Kuala Lumpur membabitkan Dang Wangi, Cheras, Wangsa Maju, Brickfields dan Sentul. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Antara barang kes yang dilupuskan adalah kes perjudian seperti barangan elektrik, komputer, komputer riba, telefon dan tablet selain mesin bitcoin. 

“Bagi kes-kes kontraban pula, barang yang dilupuskan membabitkan rokok, minuman keras dan mercun. Selain itu, barang dirampas daripada Op Noda seperti tuala, kondom dan barang am dilupuskan,” katanya selepas merasmikan Majlis Perlupusan Barang Kes Siri 1/2024 di Balai Polis Alam Damai, di sini, hari ini. 

Allaudeen berkata, barang kes itu dilupuskan selepas mendapat perintah pemusnahan atau pelupusan barang kes yang tertakluk di bawah peruntukan Seksyen 407(2) Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593). 

 “Sebelum barang boleh dilupuskan, kita perlu melalui prosedur perundangan termasuk proses rayuan menyebabkan barang kes mengambil masa untuk dilupuskan. 

 “Proses perlupusan barang kes berkenaan menggunakan kaedah e-waste sejajar dengan prosedur Jabatan Alam Sekitar (JAS),” katanya. 

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak terbabit dengan sebarang aktiviti jenayah membabitkan elemen kontraban, perjudian serta kegiatan melombong mesin bitcoin. 

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat mengenai kegiatan jenayah di ibu kota ini boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini