BAGAN DATUK: Polis giat mengesan seorang lelaki yang disyaki mencabul kehormatan seorang wanita di hadapan sebuah premis rawatan kecantikan di Hutan Melintang, bulan lalu. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kejadian pada 1.30 petang, 13 Januari lalu itu membabitkan mangsa warga tempatan berusia 22 tahun. Katanya, mangsa yang merupakan pekerja di premis berkenaan mendakwa telah dipeluk dan diraba dari belakang oleh seorang lelaki tidak dikenali.…









