KUALA TERENGGANU: Seorang pemilik syarikat didenda RM50,000 dan pekerja didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas mengaku salah atas tuduhan pilihan membuat tuntutan palsu di bawah Program Penjana 2.0 Kerjaya Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), tiga tahun lalu. Pemilik syarikat, Arrie Syahiman Mohd. Zain, 33, dan pekerjanya, Nurul Azwani Mohd. Razali, 37, membuat pengakuan bersalah itu di hadapan Hakim Mohd. Azhar Othman. Mengikut pertuduhan pilihan itu, mereka dengan…