MELAKA: Seorang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rahmat, Kuala Sungai Baru menemui ajal selepas terlibat nahas jalan raya dengan sebuah kereta di Jalan Klebang Besar di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mangsa, Muhammad Faizal Yahaya, 17, yang juga orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran maut di tempat kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi. Beliau berkata, insiden dipercayai berlaku selepas mangsa yang menunggang…










