MBDK tampil dengan perkhidmatan lebih berkualiti - Utusan Malaysia

MBDK tampil dengan perkhidmatan lebih berkualiti

MBDK
NORAINI Roslan dalam sidang akhbar pada Majlis Perisytiharan Majlis Bandaraya Diraja Klang di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Pengiktirafan Klang sebagai sebuah bandar raya dengan status bandar diraja disifatkan sebagai kekuatan kepada pengurusan dan operasi Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Datuk Bandarnya, Datin Noraini Roslan berkata, beliau menyedari penyampaian perkhidmatan oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK) sebelum ini agak perlahan dan beliau mula menambah baik sejak 2022.

Peruntukan untuk pembaikan infrastruktur sudah pun ditambah lagi,  dengan peruntukan yang mencukupi itu. Saya boleh bandingkan dengan Subang Jaya (Majlis Bandaraya Subang Jaya), saya mengukur (menilai) semula Klang mengikut keperluannya.

“Pertama, peruntukan itu sendiri ditambah terutamanya di bahagian penyelenggaraan. Kita bukan sahaja membuat jalan-jalan baharu, tetapi perlu membaiki jalan yang sedia ada dan semua maklum kenderaan berat yang melalui bandar itu adalah berpuluh kali ganda berbanding tempat lain,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perisytiharan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).

Tambahnya, selepas bergelar bandar raya, kualiti kerja yang dilakukan kontraktor-kontraktor dilantik akan dinilai semula dan bersedia membatalkan penganugerahan tender sekiranya hasil kerja tidak berkualiti.

Dalam pada itu, beliau turut mengulas mengenai cabaran MBDK berhadapan dengan bangunan-bangunan terbengkalai di Klang termasuk kawasan Klang Sentral yang memerlukan aktiviti perniagaan baharu.

“Jadi, untuk menangani masalah itu kita ada jawatankuasa khas dan berhubung dengan pelikuidasi. Apa perancangan mereka, sama ada kita boleh menjodohkan mereka dengan white knight yang ada.

“Oleh demikian, itu antara usaha-usaha yang dijalankan juga oleh majlis Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) juga banyak membantu mana-mana projek terutamanya perumahan-perumahan pemilik yang tidak siap.

“Klang Sentral pula bukanlah terbengkalai, isunya adalah jenis aktiviti yang dapat dijalankan di situ. Kalau kita lihat di mana-mana ada lebihan ruang niaga, tetapi tak ada permintaan dekat situ. Perlu ubah kepada satu aktiviti berbeza. Sekarang kita jadikan asrama pekerja sementara sebab hendak keluarkan pekerja asing dari kawasan perumahan supaya mudah dipantau,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN