MASJID An-Nur (MAN), Saujana Utama, Sungai Buloh menganjurkan kejohanan boling anjuran Biro Pemudanya yang mendapat sambutan hangat dengan lebih 100 penyertaan. Kejohanan yang berlangsung di Wangsa Bowl di Setia City Mall itu bertujuan merapatkan ukhuwah selain menarik minat ahli-ahli kariah mendekati masjid melalui aktiviti riadah. Program yang bermula pukul 10 pagi dan berakhir dua jam kemudian itu menyaksikan 106 pemain mempamerkan kebolehan masing-masing menjatuhkan pin di 36 lorong Wangsa Bowl.…










