Lawatan mengejut bukan untuk cari salah: KPN

Lawatan mengejut bukan untuk cari salah: KPN

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Perbetulkan yang biasa, biasakan yang betul,” itu pesanan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain kepada pegawai dan anggotanya dalam usaha meningkatkan imej pasukan.

Pesanan itu diberi semasa beliau melakukan lawatan mengejut di Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, Negeri Sembilan semalam.

Menurut Razarudin, lawatan mengejut itu bukan untuk mencari kesalahan atau menjatuhkan hukuman sebaliknya ia sebagai teguran bagi membetulkan amalan tugasan supaya tidak tersasar.

“Kepada dua-dua URB (Unit Rondaan Bermotosikal) saya berpesan anda ini semua adalah frontliner yang akan berhadapan dengan masyarakat.

“Saya minta jaga kerja anda, jaga nyawa, jaga keselamatan kita dan jaga juga harta yang ada dengan anda itu harta kerajaan,” katanya kepada anggota URB IPD Nilai menerusi radio pasukan.

Perkara itu dikongsikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi satu klip video TikTok berdurasi tiga minit 42 saat yang memaparkan Razarudin membuat lawatan mengejut ke IPD Nilai dan lokap Balai Polis Mantin, Negeri Sembilan bagi memantau penugasan pasukan itu.

Sebelum itu, beliau mengadakan lawatan mengejut ke IPD Kajang, Selangor kelmarin bagi memantau keadaan di sana selain menaikkan moral anggota di lapangan.

Walaupun memegang jawatan tertinggi dalam pasukan, Razarudin dilihat tidak kekok berinteraksi bersama anak-anak buahnya dan bersemangat memberi tunjuk ajar kepada anggota bawahannya.

Tindakan figura nombor satu PDRM itu mendapat pujian daripada netizen yang rata-rata menyifatkan Razarudin seperti seorang bapa yang prihatin. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×