Shuhaily akan didakwa di mahkamah esok kes di KLIA - Utusan Malaysia

Shuhaily akan didakwa di mahkamah esok kes di KLIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain akan dituduh di Mahkamah Majistret Sepang, esok.

Sumber berkata, Shuhaily akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada dua anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang pada 28 September lalu.

Pada 17 Oktober lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Jabatan Peguam Negara (AGC) memulangkan kertas siasatan kes itu kepada polis untuk tindakan lanjut, baru-baru ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, AGC meminta beberapa penambahbaikan dilakukan terhadap kertas siasatan itu sebelum memutuskan tindakan lanjut.

“Polis masih melengkapkan siasatan. AGC memaklumkan ada beberapa penambahbaikan perlu dilakukan terhadap kertas siasatan itu.

“Kertas siasatan itu mengandungi kenyataan yang dirakam daripada saksi dan semua maklumat yang dikumpulkan sepanjang siasatan sebelum diserahkan kepada AGC.

“AGC perlu berpuas hati sepenuhnya dengan hasil siasatan sebelum membuat keputusan. Biasanya jika tidak berpuas hati, AGC akan memulangkan kertas siasatan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sehubungan itu, Saifuddin Nasution berkata, polis sudah diarah melengkapkan siasatan mengikut keperluan ditetapkan AGC.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini