Kos Projek Gurney Bay bukan RM247 juta - Ketua Menteri

Kos Projek Gurney Bay bukan RM247 juta – Ketua Menteri

PROJEK Fasa Satu Taman Gurney Bay, di Jalan Gurney, Pulau Pinang yang baru sahaja dibuka kepada orang awam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Kerajaan negeri Pulau Pinang menafikan bahawa kos projek Fasa Satu Taman Gurney Bay bernilai RM247 juta seperti mana yang didakwa oleh Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng hari ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pihaknya ingin menegaskan bahawa terdapat kesilapan berhubung angka yang dinyatakan itu.

”Butiran yang tepat adalah Fasa Satu Gurney Bay tidak melibatkan kos sebanyak RM247 juta sebagaimana didakwa kerana jumlah RM247 juta itu merupakan kos penuh bagi projek Gurney Bay (termasuk Fasa Satu dan Fasa Dua).

“Setakat 31 Disember 2023, kerajaan negeri hanya membayar RM58 juta untuk kerja-kerja yang telah disiapkan,” katanya di sini, hari ini.

TANGKAP layar hantaran Facebook Lim Guan Eng yang didakwa mempertikai kerosakan alat permainan dan struktur konkrit semasa pembukaan Fasa 1 Taman Gurney Bay.

Guan Eng yang juga bekas Ketua Menteri menerusi laman Facebook miliknya hari ini mempersoalkan mengapa alat permainan di projek Fasa Satu Taman Gurney Bay yang baru sahaja dibuka kepada orang awam semalam rosak.

Selain alat permainan katanya, struktur konkrit juga dilaporkan telah retak.

Dakwa Guan Eng, projek Fasa Satu Taman Gurney Bay yang melibatkan kos sebanyak RM247 juta itu penuh dengan reka bentuk dinding konkrit yang menimbulkan keraguan dan tanda tanya mengenai perancangan asal, reka bentuk, pemantauan hasil serta kualiti kerja. 

Kata Guan Eng, nilai RM247 juta yang dibelanjakan sepatutnya membawa kepada sebuah taman rekreasi yang bertaraf antarabangsa.

Mengulas lanjut, Kon Yeow berkata, jumlah RM247 juta itu hanya akan dibelanjakan apabila kesemua komponen projek siap menjelang 2026.

“Mengenai kerosakan di tapak pula, pihak kontraktor adalah bertanggungjawab selama dua tahun atas syarat Damage Liability Period,” katanya.

Habis

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN