PETALING JAYA: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan mengetuai dan menyelaras sesi libat urus dengan lebih terperinci berhubung situasi padi dan beras negara secepat mungkin. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sesi libat urus itu mengambil kira harga belian padi, faktor bekalan, harga beras import dunia, kemampanan bekalan beras tempatan dan kesan kepada pengguna. Sehubungan itu, beliau mengarahkan supaya hasil libat urus dibentang dan dimuktamad dalam Mesyuarat Khas…