Kedah, Perlis dijangka suhu panas hingga Tahun Baharu Cina

Kedah, Perlis dijangka alami suhu panas hingga Tahun Baharu Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suhu di Kedah dan Perlis dijangka panas 35 hingga 37 darjah Celsius pada minggu ini sehingga sambutan Tahun Baharu China.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pakar Meteorologi Universiti Malaya (UM), Prof. Datuk Dr. Azizan Abu Samah berkata, cuaca panas itu adalah biasa di kawasan utara dan selatan Thailand bermula Februari sehingga Mac.

Kata beliau, ini kerana negeri sebelah utara adalah zon tumpuan di mana angin sudah bergerak ke selatan iaitu kawasan Borneo dan selatan Indonesia.

“Sepanjang Januari dan Februari ialah musim hujan untuk kawasan Sarawak dan Sabah.

“Apabila langit cerah, suhu akan meningkat kerana bumi terima pancaran matahari yangg lebih berbanding dengan langit yang berawan.

“Jadi, suhu meningkat pada tengah hari mencecah 35 ke 37 darjah Celsius berbanding dengan suhu maksimum biasa 31 darjah Celsius,” katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, suhu panas itu hanya akan dialami di beberapa lokasi di utara saja iaitu laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) kelmarin yang mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga di tiga kawasan di Kedah. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×