KEB: Lihat impak, bukan bincang salur belum sampai

KEB: Lihat impak, bukan bincang dana belum sampai

keb
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta Datuk Seri Fadillah Yusof melakukan gimik pada Majlis Prapeluncuran Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada 14 Februari lalu. Turut sama, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali dan Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk Nor Azmie Diron (kanan). - UTUSAN FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kongress Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 perlu membincangkan tentang impak atau hasil selepas disalurkan dana kepada golongan bumiputera berikutan sasaran yang ditetapkan belum tercapai.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pensyarah Ekonomi Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, kongres bumiputera kali ini perlu lebih fokus kepada impak atau hasil berbanding proses penyaluran dana itu sendiri.

“Kajian yang harus dilakukan oleh kerajaan bukan setakat melihat sama ada dana itu telah sampai kepada penerima atau dana itu telah digunakan oleh penerima, tetapi lebih penting adalah perlu menilai dari segi hasil atau impak pemberiannya.

“Contohnya, jika dana diberikan oleh Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN), kerajaan perlu tengok berapa dana disampaikan dan diterima kembali.

“Apakah perniagaan bumiputera telah berkembang? Apakah berjaya membesarkan perniagaan tersebut dan memasarkan produk ke peringkat antarabangsa?,” katanya semalam.

Menurut Ahmed Razman, ekonomi bumiputera boleh diperkasa kerana negara ini mempunyai kira-kira 16 agensi yang boleh membantu seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara), TEKUN Nasional dan lain-lain.

KEB 2024 dijadual berlangsung esok, dirancang bagi memperluas agihan ekonomi dan mengembangkan lagi ekonomi bumiputera selaras dengan kerangka ekonomi MADANI.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, ia juga sejajar dengan usaha kerajaan yang sentiasa meneliti idea untuk dimanfaatkan dalam mewujudkan lebih banyak kekayaan bagi masyarakat bumiputera di tengah-tengah cabaran kos sara hidup tinggi dan pada masa yang sama mengetatkan aspek pembaharuan fiskal.
Justeru, Razman berkata, jika kajian dibuat secara teliti, di situ boleh dilihat pengukuran prestasi bagaimana ekonomi bumiputera diperkasa dan dana bumiputera digunakan.

“Kalau kita lihat sejak tiga rancangan Malaysia terdahulu, sokongan ini mencecah lebih RM30 billion dan sudah tentu ekonomi bumiputera boleh diperkasakan.

“Tetapi apa yg kita lihat belum lagi sampai sasaran dan apakah cabarannya? Dana dah beri, tetapi tujuan utama belum dicapai,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN