Petronas diminta buat tender terbuka – DPBFM

Petronas diminta buat tender terbuka

Petronas didakwa mengetepikan resolusi Kongres Ekonomi Buniputera 2024 baru-baru ini apabila tidak memberi kontrak berkaitan projek solar kepada syarikat bumiputera.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Petronas digesa menggunakan kaedah tender terbuka bagi memberi peluang kepada syarikat bumiputera dan bukan bumiputera bersaing mengikut merit dalam projek dilaksanakan terutamanya di peringkat domestik.

Pada masa sama, Petronas juga perlu memastikan syarikat bumiputera mendapat peluang untuk mengembangkan perniagaannya sekali gus me­ningkatkan ekonomi golongan tersebut.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Dewan Perniagaan Bumiputera Felda Malaysia (DPBFM), Datuk Mokhtar Mohd. Ghazali berkata, pihak­nya hanya mahukan keadilan dalam proses pemberian tender projek seperti yang diperjuangkan oleh kerajaan masa kini.

Menurutnya, tindakan me­nganugerahkan projek tanpa proses tender terbuka menimbulkan banyak persoalan sedangkan terdapat banyak syarikat bumiputera berkelayakan untuk melaksanakan projek seperti pemasangan sistem solar di 300 stesen minyak Petronas.

“Petronas sepatutnya adakan tender secara terbuka dan lantik juga syarikat bumiputera mengikut kelayakan atau merit. Jangan beri semua projek pemasangan sistem solar kepada syarikat bukan bumiputera sahaja.

“Banyak syarikat bumiputera yang berkelayakan me­ngendalikan projek pemasangan sistem solar tersebut,” katanya ketika dihubungi semalam.

Mokhtar juga mengulangi pendiriannya bahawa Petronas yang membawa aspirasi kerajaan sepatutnya turut memberi peluang dan ruang kepada syarikat bumiputera yang mempunyai kemahiran serta kepakaran dalam industri penjanaan tenaga suria untuk turut terlibat dalam projek ini.

Pada masa sama, tegasnya keputusan Petronas melantik syarikat bukan bumiputera projek tersebut bertentangan de­ngan resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 24).

“Kita tidak akan melenting jika projek tersebut dianuge­rahkan secara tender terbuka namun apa yang berlaku jelas membuktikan tiada keadilan kepada syarikat bumiputera,” katanya.

Projek itu yang dijangka bermula bulan depan akan me­nyaksikan pemasangan kapasiti solar lebih daripada 5.4 megawatt puncak (MWp) di lebih daripada 300 stesen Petronas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN