KUALA LUMPUR: Bekas peguam syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo mendapat lanjutan masa untuk memfailkan pembelaannya berhubung kes saman syarikat itu yang menuntut ganti rugi AS$8 bilion. Sehubungan itu, Hakim Atan Mustaffa Yussof Ahmad mengarahkan pembelaan tersebut bersama-sama dokumen berkaitan difailkan selewat-lewatnya pada 22 April ini. Tarikh sama ditetapkan untuk pengurusan kes. Pada 7 Mei 2021, writ saman itu pada asalnya difailkan oleh 1MDB dan empat anak syarikat kepada…