Kecekalan pemain beri kelebihan Selangor

Kecekalan pemain beri kelebihan Selangor

Pemain pertahanan Selangor, Muhammad Safuwan Baharudin melompat merebut bola tinggi dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, kelmarin. - IHSAN SELANGOR FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kejayaan Selangor FC membawa kelebihan satu gol menewaskan Negeri Sembilan FC (NSFC) 1-0 di tempat lawan dalam aksi pertama suku akhir Piala Malaysia kelmarin membuktikan sikap pemain yang cekal hingga ke wisel penamat.

Ketua Jurulatih Selangor FC, Kim Pan Gon berkata, pembatalan jaringan Alvin Fortes pada minit ke-76 melalui semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) ternyata tidak memberi kesan negatif kepada para pemain ketika kedudukan ketika itu terikat tanpa jaringan.

Katanya, selepas gol itu dibatalkan, para pemain terus bergerak mencari ruang lain tanpa terjejas dengan penolakan tersebut.

“Itulah kekuatan Selangor membina keperibadian sebagai pemain dengan semangat juang tinggi.

“Kami memberi sokongan kepada para pemain sehingga akhirnya mereka berjaya mendapatkan kemenangan,” katanya selepas tamat perlawanan.

Gol kemenangan Selangor diperoleh pada minit ke-97 menerusi Chrigor Moraes berpunca daripada sepakan penalti.

Dalam perlawanan tersebut, Pan Gon turut dikenakan kad kuning, namun beliau menyifatkan jurulatih juga adalah sebahagian daripada permainan.

“Saya memohon maaf kerana tingkah laku terhadap pengadil perlawanan tetapi saya menerima tindakan itu seadanya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×