Hakim Syarie dicadang kaji, guna pakai prosedur Mahkamah Sivil - Utusan Malaysia

Hakim Syarie dicadang kaji, guna pakai prosedur Mahkamah Sivil

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan majlis Sumbangan Agihan Zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Masjid Al-Muqarrabin, Behor Empiang, di Kangar Perlis semalam.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Hakim Syarie dicadangkan untuk mengkaji dan mengguna pakai prosedur dan amalan di Mahkamah Sivil untuk penyelesaian kes dengan segera.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, sebagai contoh, konsep penghakiman ringkas atau ‘summary judgement’ dan penghakiman ingkar ‘judgement in default’ sekiranya tidak ada halangan dari segi undang- undang.

Titah baginda, pendekatan seperti itu akan dapat mempercepatkan penyelesaian kes di Mahkamah Syariah.

“Sekiranya terdapat halangan undang-undang, maka hendaklah disemak semula perundangan tersebut demi kemaslahatan pihak-pihak di dalam perbicaraaan.

“Pada masa yang sama prosedur Mahkamah Syariah yang terdapat di dalam Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah hendaklah disemak dari semasa ke semasa supaya seiring dengan peredaran zaman dan keperluan semasa,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyempurnakan majlis Sumbangan Agihan Zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Masjid Al-Muqarrabin, Behor Empiang, di sini, semalam.

Pada sesi kali ini seramai 70 orang anak kariah terpilih dari Behor Empiang dan 70 orang lagi dari kariah Kechor menerima sumbangan wang tunai bernilai RM700 setiap seorang daripada Tuanku Syed Faizuddin merangkap Yang Dipertua MAIPs dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM98,000.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN