Che Ta wajah pelaris Bufet Ramadan - Utusan Malaysia

Che Ta wajah pelaris Bufet Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Bertemakan ‘Lip-Lap Lip Lap’, pelakon, Rozita Che Wan tampil sebagai wajah Bufet Ramadan Hotel Tenera yang bermula pada 14 Mac sehingga 7 April depan. 

Mesra disapa Che Ta, pengunjung berpeluang menikmati menu pilihan selebriti itu di gerai ‘Wadai Kepeng Lip-Lap Lip-Lap’ daripada 40 gerai yang disediakan. 

Pengurus Besar Hotel Tenera, Fadzly Hamzah berkata, bufet Ramadan tahun ini masih mengekalkan konsep gerai-gerai seperti di Bazar Ramadan.

Jelasnya, terdapat lebih 40 gerai yang menyediakan pelbagai jenis hidangan seperti masakan panas, bakar, sup, pasta, pizza, dim sum, kuih-muih, buah-buahan serta aneka minuman. 

“Pihak hotel menyediakan lebih 200 menu hidangan seperti Nasi Kambing Apollo, Nasi Ayam Buluh Betung, Sup Gear Box Kampung Utara, Shellout, Siput Sedut Masak Lemak, Kepala Salmon Jawa dan banyak lagi. 

“Menu hidangan ini adalah hasil air tangan tukang masak berpengalaman di hotel ini iaitu cef Sahisal Azrul Mat Said,” katanya semasa sidang akhbar, baru-baru ini. 

  

Untuk rekod, Hotel Tenera pernah menerima anugerah berprestij ‘Best Ramadan Buffet’ pada 2019, 2022 dan 2023 daripada Gastronomy Association of Malaysia. 

Hotel Tenera merupakan milik penuh Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad yang berkonsepkan Mesra Muslim. 

Antara tarikan di hotel ini adalah mempunyai 502 bilik, 10 bilik seminar, sebuah Grand Ballroom yang boleh memuatkan seramai 1,200 orang serta mempunyai tiga kolam termasuk sebuah kolam khusus untuk muslimah. 

Sepanjang Ramadan, pihak hotel turut menawarkan promosi harga bilik istimewa termasuk baucar Bufet Ramadan serta hidangan waktu sahur. 

Pihak hotel turut menyediakan kemudahan surau kepada pengunjung bagi menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat tarawih. 

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi 03-89299600 atau WhatsApp 019-3854796/ 019-3592796. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari media sosial Facebook (Hotel Tenera Bangi) atau instagram (@hoteltenerabangi). 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×