‘Boss Mario’ cari ketenangan di rumah kosong

‘Boss Mario’ cari ketenangan di rumah kosong

YEW Lee Lee menunjukkan gambar Mario di telefon pintarnya ketika ditemui di Taman Pertam Jaya, Semabok, Melaka. – UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pempengaruh media sosial, Yew Boon Xiang, 30, atau lebih dikenali sebagai ‘Boss Mario’ yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu, ditemukan selepas mendaftar masuk di sebuah hospital swasta di negeri ini, pada pukul 2.15 petang semalam untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, Mario memaklumkan kehila­ngannya sebelum ini adalah kerana ingin mengasingkan diri untuk mencari ketena­ngan berikutan tekanan pera­saan.

Jelasnya, lelaki itu berada di rumah kosong terbiar di kawasan Klebang sebelum ke hospital berkenaan menggunakan perkhidmatan e-hai­ling.

“Orang hilang sudah dijumpai. Dari mula hilang, dia duduk rumah kosong di Klebang. Mario memaklumkan dia tertekan berkenaan urusan syarikat.

“Abang Mario mengesan adiknya menggunakan e-hai­ling untuk ke hospital itu. Dia kemudian menelefon hospital untuk mengesahkan keberadaan adiknya di situ,” katanya.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, hampir tiga hari berlalu, kehilangan Mario kekal misteri tanpa sebarang petunjuk.

Menurut adiknya, Yew Lee Lee, 27, Mario yang mengusahakan perniagaan menjual peralatan gajet dipercayai hilang sejak Jumaat lalu, selepas keluar memandu ke Pantai Klebang di sini, sekitar pukul 3 pagi.

Lee Lee berkata, hanya ke­reta abangnya ditemukan di lokasi berkenaan dalam keada­an berkunci, namun sehingga hari ini mereka masih gagal menemukan sebarang petunjuk akan keberadaan Mario.

Jelasnya, kali terakhir Ma­rio berhubung melalui aplikasi WhatsApp adalah kira-kira pukul 8 pagi pada hari kejadian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN