Bedak penetap, rahsia solekan kekal sempurna

Bedak penetap, rahsia solekan kekal sempurna

bedak penetap Laura Mercier membantu meneutralkan kemerahan dan menyamarkan ketidaksempurnaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Dalam rutin harian yang semakin pantas, solekan yang tahan lama menjadi antara keutamaan ramai wanita.

Antara produk yang membantu memastikan solekan kekal kemas ialah bedak penetap.

Ia bukan sahaja mengunci solekan, malah turut membantu menghasilkan kemasan lebih sempurna sambil menjaga keselesaan kulit.

Jika dahulu bedak penetap hanya digunakan untuk mengurangkan kilauan berlebihan dan memanjangkan ketahanan solekan, inovasi terkini membawa fungsi produk itu ke tahap lebih tinggi.

Formulanya kini direka lebih ringan dengan manfaat tambahan bagi membantu menghasilkan kulit yang tampak lebih halus, sekata dan semula jadi.

Jenama kecantikan premium Laura Mercier memperkenalkan Translucent Loose Setting Powder Ultra Blur dalam rona baharu hijau pudina.

Menggunakan teknologi pembetulan rona, bedak penetap ini membantu meneutralkan kemerahan, selain memberikan kesan kabur untuk menyamarkan ketidaksempurnaan wajah.

Diformulasi dengan asid hyaluronik, produk ini bukan sahaja menetapkan solekan sehingga 16 jam, malah mengekalkan kelembapan, menenangkan kulit dan menyokong lapisan perlindungan kulit.

Gabungan teknologi ultra blur dan kepakaran Laura Mercier dalam menghasilkan bedak ringan memberikan kemasan lembut seperti kulit sebenar tanpa rasa berat.

Hasilnya, wajah kelihatan lebih sekata, halus dan kekal natural.

Formula berpigmen hijau pudina ini sesuai untuk tona kulit cerah hingga sederhana, selain memberikan efek soft-focus yang membantu mengurangkan penampilan garis halus dan tekstur tidak sekata pada kulit.

Selain bebas talkum, produk ini juga sesuai untuk kulit normal hingga kering.

Untuk mendapatkan hasil terbaik, Laura Mercier mencadangkan teknik velour puff dengan cara menekan dan menggulung bedak perlahan-lahan pada kulit supaya ia sebati dengan tekstur wajah.

Bagi kawasan tertentu, pengguna boleh menggunakan berus kecil untuk sapuan lebih tepat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN