IPOH: Keputusan Perak mengagihkan bantuan kotak makanan melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mengelakkan manipulasi ahli politik terhadap bantuan tersebut. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ini kerana beberapa Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menggunakan pelekat sendiri, seolah-olah kotak itu datang daripada pusat khidmat berkenaan. Katanya, tindakan itu bukan sahaja dilakukan ADUN pembangkang malah turut membabitkan ADUN kerajaan. “Saya tidak kisah jika ada pihak yang marah…