DUNGUN: Banjir besar yang berlaku di daerah ini pada minggu lalu menyebabkan lapan buah sekolah mengalami kerosakan yang dianggarkan melibatkan kerugian hampir RM1 juta. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Pembangunan Profesionalisme), Shafruddin Ali Hussin berkata, kerosakan itu melibatkan infrastruktur sekolah dan aset termasuk perabot dan buku pelajar. “Kita telah kenal pasti lapan buah sekolah di daerah ini yang mengalami kerosakan yang mana daripada jumlah itu, sekolah yang terjejas teruk adalah…