Lanjut tempoh agihan BAP sekolah luar bandar

Lanjut tempoh agihan BAP sekolah luar bandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dijangka dapat diselesaikan dalam minggu ini namun tempoh sedikit lebih panjang diberikan khususnya melibatkan sekolah-sekolah di kawasan pedalaman.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kelonggaran tempoh itu juga mengambil kira sekolah-sekolah yang mempunyai bilangan murid yang ramai, selain minggu persekolahan baru sahaja bermula.

“Kita sebenarnya harap dapat selesaikan dalam minggu ini juga, tetapi memang kita bagi masa tempoh lebih sedikit kerana ada sekolah-sekolah yang agak jauh ke pedalaman, itu mungkin memerlukan masa sedikit untuk diuruskan.

“Begitu juga dengan sekolah-sekolah yang agak ramai (murid) dan juga minggu persekolahan ini baru bermula, tetapi saya ingat semua seluruh negara setakat ini mengikut laporan daripada Dr. Azam semua berjalan dengan lancar,” katanya.

Fadhlina berkata demikian menerusi sidang akhbar selepas Program PAKAT Kurikulum Prasekolah & Kurikulum Prasekolah (Pendidikan Khas) 2026 dan Majlis Penye­rahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya Tahun 2026 di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(1), di sini semalam.

Dalam pada itu, Fadhlina berkata, menerusi sesi berke­naan, beliau turut mendengar pandangan daripada ibu bapa tentang harapan mereka berhubung pelaksanaan Kurikulum Prasekolah 2026.

“Alhamdulillah tadi sesi berlangsung dengan sangat baik, banyak maklum balas yang kita dapat termasuk maklum balas secara atas talian sebenarnya tadi mengenai harapan mereka tentang kurikulum prasekolah,” ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan kurikulum baharu prasekolah yang mula dilaksanakan pada sesi persekolahan tahun ini menumpukan pembelajaran kanak-kanak kepada enam bidang utama.

Fadhlina berkata, enam bi­dang berkenaan ialah sosio­emosi, fizikal dan kesejahtera­an diri, bahasa dan literasi, ke­rohanian, nilai dan kewarga­negaraan, kreativiti dan estetika serta kognitif. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN