Bahaya vape: Tindak balas awam diperlukan

Bahaya vape: Tindak balas awam diperlukan

Wacana Intelek
WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pandangan mengenai kawalan kandungan vape di negara ini diperlukan kerana isu tersebut akan dibawa ke persidangan Dewan Rakyat tidak lama lagi.

Menjelaskan perkara itu, Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, ini kerana ramai yang telah menyatakan kebimbangan khususnya ibu bapa susulan tiada kawalan berkesan terhadap bahan kimia yang dimasukkan dalam cecair vape.

“Setakat yang saya tahu, undang-undang yang baru diluluskan dalam sidang Dewan Rakyat lalu tidak mempunyai mekanisme jelas untuk mengawal kandungan vape.

“Saya berpandangan bahawa oleh kerana penjualan vape tidak diharamkan oleh kerajaan, maka adalah amat penting kandungannya dikawal selia agar tidak ada bahan berbahaya digunakan.

“Saya perlukan bantuan maklumat daripada semua. Memandangkan kerajaan tidak mengharamkan vape, apa cadangan anda untuk mengawal selia penggunaannya?” soalnya menerusi laman sosial Facebook, hari ini.

Wan Saiful dalam masa yang sama turut berkata, isu vape adalah isu nasional dan beliau meminta semua pihak menulis pandangan mengenainya.

“Anda ada anak yang hisap vape? Anda guru yang ada pelajar hisap vape? Anda pengusaha vape? Atau anda sendiri hisap vape? Saya nak minta komen anda.

“Saya sedang cuba kumpulkan pandangan awam mengenai kawalan kandungan vape di Malaysia. Maklum balas daripada anda semua amat penting sebagai persediaan untuk sidang Dewan Rakyat tidak lama lagi. Setujukah bahawa kandungan vape perlu dikawal oleh kerajaan?

“Adakah anda bimbang mengenai kandungan nikotin dalam vape dan bahan apa lagi yang perlu dikawal? Memandangkan kerajaan tidak mengharamkan vape, apa cadangan anda untuk mengawal selia penggunaannya? Mohon kongsi posting ini (di Facebook) dengan rakan-rakan dan tuliskan pandangan anda di ruang komen atau boleh juga mesej terus kepada saya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×