Ahli Parlimen pembangkang protes keluar Dewan Rakyat 

PARLIMEN: Baru hari pertama, wakil rakyat pembangkang protes keluar Dewan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Baru hari pertama mesyuarat Dewan Rakyat hari ini, ahli-ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar Dewan sebagai protes terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Keputusan pembangkang itu selepas Anwar menyampaikan ucapan tahniah kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 negara pada sebelah petang.

Ketua pembangkang merangkap Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, ucapan Anwar sepatutnya dilakukan lebih awal iaitu pada permulaan mesyuarat Dewan Rakyat pagi ini, namun Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul membenarkan slot ucapan itu pada sebelah petang.

Pembangkang mempersoal keputusan Johari dengan menyifatkan kebenaran diberi kepada Anwar tidak mengikut aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said bangkit mencadang ucapan oleh Perdana Menteri di bawah Peraturan Mesyuarat 14(1)(j) Dewan Rakyat.

Anwar sebelum meneruskan ucapannya menjelaskan, beliau tidak dapat berbuat demikian pada permulaan sidang di sebelah pagi kerana bertemu Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet, yang berada di negara ini untuk lawatan rasmi.

Katanya, ahli Parlimen pembangkang keluar Dewan bermotifkan dendam kesumat dan cemburu buta.

“Kalau mahu cakap terima kasih kepada bekas Agong setelah akhir sidang itu, tidak munasabah. Sepatutnya dibuat pagi tadi saya setuju. Tetapi untuk pembangkang bantah, ini menunjukkan sikap tidak sopan dan tidak hormati institusi Agong,” katanya.

Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, sesi penerangan menteri disenarai hari ini tanpa ada sebarang notis diberi lebih awal.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu turut mempersoal mengapa anggota pentadbiran dan Anwar tidak mengucapkan perkara itu semasa minggu ketiga yang akan dijawab menteri.

“Kami diberitahu Perdana Menteri mahu ucap junjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong lepas (Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) dan terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong (Sultan Ibrahim). Ini tidak bertepatan dengan aturan,” katanya.

Ketua pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, tidak pernah berlaku sebelum ini seorang Perdana Menteri menyampaikan ucapan apabila perbahasan titah baginda sudah bermula selain menganggap ucapan tahniah itu dibuat bukan pada waktu yang sesuai.

“Pencadang sudah cakap semua, tiba-tiba tengah-tengah berhenti (Perdana Menteri) mahu cakap terima kasih pasal apa? Jangan buat di luar sana nampak kita bangkang sahaja. (Pembangkang) bukan mahu bangkang, tetapi ikut peraturan yang ada. Esok (ahli Parlimen) Tambun mahu gulung habis, tidak apa,” katanya.

Selepas keadaan tidak terkawal, Johari memutuskan untuk melakukan undian suara sebelum keputusan mendapati lebih ramai ahli Parlimen menyatakan sokongan untuk membenarkan Anwar menzahirkan ucapan terima kasih itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN