PETALING JAYA: Pelakon, Abby Abadi, menafikan dakwaan kononnya pernah menyuruh anaknya, Marissa Dania Hakim untuk bercerai dengan jejaka bernama Aslam, sejak khabar angin berita perkahwinan mereka menjadi tular. Tegas pemilik nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan itu lagi, dia juga tidak pernah mengiyakan khabar angin kononnya anaknya itu sudah berkahwin senyap-senyap di Songkhla, Thailand tahun lalu. “Mana datang kenyataan ini? Saya tidak pernah mengiyakan tentang pernikahan (Marissa dan Aslam) di Thailand…










