18,792 guru baharu dilantik tahun lalu

18,792 guru baharu dilantik tahun lalu

SEBANYAK 18,792 orang guru baharu dilantik sepanjang 2023 yang membabitkan 9,155 tenaga pengajar sekolah rendah manakala seramai 9,637 orang ditempatkan di sekolah menengah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 18,792 orang guru baharu dilantik sepanjang 2023 yang membabitkan 9,155 tenaga pengajar sekolah rendah manakala seramai 9,637 orang ditempatkan di sekolah menengah.

Kementerian Pendidikan memaklumkan, pihaknya sentiasa bekerjasama erat dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) untuk memastikan isu kekurangan guru di sekolah-sekolah seluruh negara dapat diatasi segera.

Katanya, sinergi kerjasama strategik kedua-dua pihak cukup signifikan dalam memastikan unjuran guru memenuhi keperluan semasa.

“Pengambilan seramai 6315 orang graduan bukan pendidikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara Contract of Service (COS) seperti yang diumumkan oleh SPP pada minggu lalu adalah cerminan komitmen berterusan kerajaan untuk memastikan unjuran keperluan dan penempatan guru di sekolah dipenuhi.

“Lonjakan penambahan bilangan guru ini adalah komitmen besar Kerajaan Madani dalam memperkukuh agenda reformasi pendidikan dan memartabatkan kualiti pendidikan negara,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan memaklumkan masalah kekurangan guru yang berlaku di seluruh negara dalam tempoh beberapa tahun akan ditangani secara berperingkat.

Kekurangan itu tidak dapat dielakkan ekoran persaraan guru secara pilihan dan wajib.

Tahun lalu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) melahirkan kerisauan ibu bapa mengenai masa depan pendidikan anak mereka ekoran masalah kekurangan guru.

Kata NUTP, pengisian jawatan 9,552 graduan pendidikan seperti diumumkan SPP baru-baru ini tidak mencukupi untuk menampung kekurangan tersebut yang didakwa berjumlah 20,863 guru. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN