MERSING: Seorang pemuda nekad meninggalkan bidang kejuruteraan semata-mata mahu mengusahakan tanah keluarganya di Kampung Sawah Dato’, di sini dengan tanaman pisang. Selain yakin dengan potensi tanaman itu, Abdul Mu’iz Hanafiah, 29, juga mahu mengikuti jejak ayahnya menceburi bidang pertanian. Anak ketiga daripada empat beradik itu yang pernah bekerja sebagai jurutera sistem mengusahakan kira-kira 5,000 pokok pisang seperti berangan, nipah, tanduk dan lemak manis di atas tanah lebih dua hektar. “Setakat…










