Pramugara kanan dipenjara perdaya mangsa tunjuk kemaluan

Pramugara kanan dipenjara perdaya mangsa tunjuk kemaluan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Seorang pramugara kanan sebuah syarikat penerbangan dipenjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, selepas mengaku bersalah memperdaya mangsa supaya menunjukkan gambar dan video kemaluan.

Tertuduh dikenali sebagai Fairizuan Abd Rahman, 43, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan.

Muhammad Bukhori kemudian menetapkan tertuduh dipenjara selama tiga bulan bermula dari tarikh tangkapan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didapati melakukan kesalahan itu pada 29 November 2023 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Mengikut fakta kes, tertuduh didapati memperdayakan mangsa yang juga rakan sekerjanya dengan meminta mangsa menjalankan ujian air kencing bagi tujuan pemeriksaan dadah.

Selain itu, mangsa kemudian memberikan gambar dan video ujian air kencing yang memaparkan kemaluan seperti yang diminta tertuduh.

Mangsa juga mendakwa ada beberapa soalan yang agak pelik daripada tertuduh kerana turut meminta gambar ukuran zakarnya sebelum mangsa berasa seperti diperdaya.

Oleh itu, tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara selama tempoh lima tahun dengan denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Sabrina Zubairi dan tertuduh pula tidak diwakili peguam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN