Pengampunan Najib: Tunggu kenyataan rasmi

Pengampunan Najib: Tunggu kenyataan rasmi

DR. ZALIHA MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Tunggu kenyataan rasmi daripada Lembaga Pengampunan,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa dalam sidang akhbar Majlis Peluncuran Draf Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya wartawan sama ada turut hadir dalam mesyuarat semalam dan hasil daripada mesyuarat tersebut.

Dr Zaliha berkata mesyuarat itu berlangsung diadakan di Istana Negara.

Bagaimanapun, beliau yang juga terbabit dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan itu tidak memaklumkan bila kenyataan rasmi itu akan dikeluarkan.

Isnin lalu, Utusan Malaysia melaporkan Lembaga Pengampunan bermesyuarat semalam dengan dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan difahamkan salah satu agenda mesyuarat adalah mengenai pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun, Dr. Zaliha enggan mengulas lanjut mengenai agenda mesyuarat berkenaan memandangkan ia adalah perkara sulit. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya