Pemimpin India dinasihat tidak terikut sentimen melampau - Utusan Malaysia

Pemimpin India dinasihat tidak terikut sentimen melampau

Pemimpin India
ANWAR Ibrahim ketika menyantuni masyarakat India pada sambutan Pesta Ponggal Kebangsaan di Dataran Majlis Perbandaran Klang, malam tadi. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Para pemimpin dari kalangan masyarakat India dinasihat agar tidak terikut-ikut dengan sentimen melampau dan tidak menguntungkan negara supaya dapat mengekalkan semangat Madani dengan adil bagi semua kaum.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan melaksanakan isu-isu yang disuarakan termasuk tuntutan-tuntutan yang disampaikan daripada semua kaum di negara ini.

“Apabila saya sebut begini, bukan mudah kerana ada di kalangan rakan dan kaum saya sendiri menyerang kita tidak adil kepada mereka. Saya tidak mahu jawab dan tidak peduli.

“Saya mahu ceritakan apa kita lakukan. Masalah rakyat, masalah kita. Saudara-saudara tahu, saya banyak kali Klang dan bila tumpu (kemiskinan), kritik kita kerana kerajaan dulu kurang beri perhatian untuk jaga nasib rakyat yang paling miskin.

“Jadi, tahu kita lancarkan mana-mana anak, keluarga masuk kategori miskin tegar..kita kata mesti noktahkan tahun lalu juga,” katanya ketika berucap pada sambutan Pesta Ponggal Kebangsaan, hari ini.

Beliau menjelaskan, kemiskinan tegar berjaya diatasi di Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan berdasarkan laporan akhir diterima beliau. 

Justeru, beliau tidak mahu mengkhususkan kepada sesetengah kaum dengan isu kemiskinan amat dekat di hati dan merupakan masalah negara. 

“Selangor pula sudah tentu kerajaan negeri dapat urus dengan baik, boleh dan mampu menyelesaikan. Jadi, saya yakin kalau masuk Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan beres masalah kemiskinan tegar,” jelasnya.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan jawatan Perdana Menteri yang dipegangnya hadir dengan tanggungjawab yang besar dan memerlukan dasar kerajaan yang jelas.

“Saya tidak jadi Perdana Menteri, selepas hidup susah dengan melupakan janji. Baik Perdana Menteri, Menteri Besar, Exco yang mahu menjadi pemimpin perlu siap dengan dasar yang jelas,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya