Lelaki kurung, amang seksual pelajar tukar pengakuan tidak bersalah

Lelaki kurung, amang seksual pelajar tukar pengakuan tidak bersalah

Lelaki kurung amang seksual pelajar
MOHAMAD Fadwan Abd. Muaain dibawa ke Mahkamah Sesyen, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Lelaki yang sebelum ini mengaku salah mengurung dan melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar tingkatan empat menukar pengakuannya kepada tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini.

Tertuduh, Mohamad Fadwan Abd. Muaain, 42, bertindak demikian selepas pertuduhan amang seksual fizikal dibacakan semula ke atasnya.

Mengikut pertuduhan, lelaki yang pernah bekerja sebagai pemungut hutang itu didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja lelaki berusia 14 tahun di sebuah unit pangsapuri di Seksyen 32 di sini, antara pukul 8.05 hingga 11.50 pagi pada 11 Mei lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya K. S. Rinisha Priyya memohon tarikh baharu bagi serahan dokumen dan pelantikan peguam. Pada prosiding itu, Mohamad Fadwan tidak diwakili peguam.

Hakim Rasyihah Ghazali kemudian menetapkan 8 Julai depan bagi tujuan tersebut.

Sebelum ini, pada prosiding pertuduhan, bekas banduan itu mengaku bersalah pada 22 Mei lalu dan beliau dijadualkan mendengar fakta kes dan jatuh hukum. Bagaimanapun, prosiding itu kembali ke peringkat sebutan semula selepas dia menukar pengakuan.

Pertengahan Mei lalu, Utusan Malaysia melaporkan seorang bekas banduan yang disyaki mengurung dan meliwat seorang pelajar lelaki tingkatan 2 pada Isnin dua minggu lalu ditahan polis dekat sebuah bilik sewa di Kuala Lumpur.

Suspek sebelum diburu polis berhubung kes tersebut dan disahkan merupakan seorang bekas banduan atas kesalahan rogol, rompak dan kurung seorang gadis pelayan pelanggan (GRO) pada 2007. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN