PBAPP berjaya salur semula bekalan air lebih awal kepada pengguna - Utusan Malaysia

PBAPP berjaya salur semula bekalan air lebih awal kepada pengguna

GANGGUAN bekalan air selama empat hari bermula Rabu lalu di Pulau Pinang berakhir beberapa jam lebih awal daripada yang dijangkakan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Gangguan bekalan air selama empat hari bermula Rabu lalu di negeri ini berakhir beberapa jam lebih awal daripada yang dijangkakan.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) berjaya menyalurkan semula bekalan air kepada semua 590,000 pengguna kira-kira pukul 4.12 pagi hari ini berbanding jadual asal iaitu pada pukul 6 pagi.

CHOW KON YEOW

”Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), ADUN dan pejabat Parlimen, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dan operator air yang berkaitan kerana telah mengambil langkah bersama semasa krisis ini,” katanya di sini hari ini.

Bermula Rabu lalu, sebanyak 590,000 akaun pengguna di seluruh Pulau Pinang terjejas dengan gangguan bekalan air berjadual.

Sekurang-kurangnya 101 kawasan di daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Tengah (SPT) dijangka menerima bekalan air selepas 48 jam.

Sebanyak 157 kawasan membabitkan SPT, Seberang Perai Selatan (SPS) dan Timur Laut serta Barat Daya di kawasan pulau pula akan mula menerima bekalan air selepas 72 jam.

Dalam pada itu, Kon Yeow yang juga Pengerusi PBAPP berkata, agensi terbabit bagaimanapun masih berusaha untuk menangani kebocoran saluran paip bawah air di Sungai Perai dengan memasang paip baharu sebagai langkah sementara.

“Pada masa ini, rakyat negeri ini sedang bersedia untuk menyambut sambutan hari Pongal esok dan Thaipusam serta Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

”Kami berharap penyambungan semula air ini di tengah-tengah krisis yang baharu kami lalui ini (kebocoran paip bawah air Sungai Perai) tidak akan melemahkan semangat rakyat Pulau Pinang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya