‘Paip ekzos modifikasi jangan dijual lagi’ - Utusan Malaysia

‘Paip ekzos modifikasi jangan dijual lagi’

Modifikasi
MOHD. Shuhaily Mohd. Zain ketika menjawab soalan orang ramai pada program Townhall di Klang, Selangor hari ini. UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Sebarang alat ganti yang dipanggil sebagai barang ‘aftermarket’ berbentuk modifikasi termasuk ekzos khususnya untuk kegunaan motosikal wajar diharamkan daripada dijual di mana-mana premis di negara ini.

Larangan tersebut perlu dikuatkuasakan bagi melindungi generasi muda daripada berterusan terjebak dengan kegiatan lumba haram atau rempit.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, beliau secara peribadi berpendapat alatan modifikasi tersebut secara langsung hanya mengundang kepada aktiviti-aktiviti lumba haram.

“Bagi saya, diharamkan semua barang-barang yang berbentuk modifikasi. Motosikal tidak boleh dimodifikasi. Paip bising jangan dijual lagi,” katanya ketika berucap dalam sebuah program libat urus, hari ini.

Beliau menambah, bagaimanapun larangan dan penguatkuasaan itu memerlukan iltizam daripada ahli-ahli politik untuk melaksanakan penggubalan dasar dan undang-undang bagi memastikan keberkesanan serta kejayaannya.

“Sebagai ahli politik, YB (Yang Berhormat), saya mohon itu harus dihentikan. Kita kehilangan anak muda pada usia yang tidak sepatutnya atas sebab- sebab tidak sepatutnya.

“Namun, itu semua hanya boleh dilakukan dengan keputusan ahli-ahli politik yang membuat undang-undang,” jelasnya.

Malah, beliau turut mendedahkan usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) lebih 40 tahun memerangi ‘mat rempit’ namun tidak pernah menang.

“Kita makin lama makin keterbelakang dalam menguatkuasakan undang-undang. Kalau dulu, kita akan tahan semasa racing (berlumba), lama-lama dia langgar saya, dua-duanya mati. Lama-lama polis mengambil keputusan supaya tidak menahan semasa racing sebaliknya.

“Selepas itu (habis berlumba) kita tukar kepada konsep risikan bagi menyelamatkan kedua-dua pihak.  Bermaksud, seorang penguatkuasa tidak boleh menguatkuasakan lagi di jalan raya,” ujarnya.

Mohd. Shuhaily menjelaskan beliau secara peribadi terkesan dengan kejadian melibatkan kemalangan di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu yang meragut lima nyawa pada 17 Julai 2022.

“Saya tidak mahu cakap apa kerana selepas itu masyarakat marah. Kemudian, minta maaflah dan keluarkan ahli keluarga menindakkan si mati terlibat dalam aktiviti mat rempit. Sepanjang saya menjadi Ketua Polis Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, ahli keluarga tidak akan mengaku yang anaknya merempit.

“Dalam konteks (di lebuh raya berkenaan), itu adalah anak kedua terkorban dalam aktiviti rempit. Jadi mat rempit adalah berbalik kepada kita semula (ibu bapa dan masyarakat),” katanya.

Justeru, Mohd. Shuhaily menegaskan pentingnya kepekaan ibu bapa dalam bersama-sama menangani isu lumba haram ini.

“Ibu bapa beri kebebasan membeli, mengubahsuai motosikal dan (beli) alat ganti yang tidak tahu di mana puncanya. Sifat motosikal yang pergi merempit ini adalah jelas ( untuk berlumba),” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya