MELAKA: Seorang pengutip kotak terpakai yang terlibat kemalangan di Jalan Bukit Katil di sini kelmarin tidak menyangka laporan bomba dibuatnya untuk membantu menaikkan semula motosikal roda tiganya yang terjatuh ke dalam parit, bertukar menjadi misi menyelamatkan nyawa. Ketika ditemui Utusan Malaysia, Chong Min Yang, 58, berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 5.15 pagi ketika dia dalam perjalan pulang ke rumah selepas mengutip kotak di sekitar Bukit Katil. Katanya, keadaan jalan yang…










