Langkah Dubai: PDRM terima 75 laporan polis - Utusan Malaysia

Langkah Dubai: PDRM terima 75 laporan polis

Langkah Dubai
MOHD. Shuhaily Mohd. Zain bersama Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dalam sidang akhbar Ops Latin di Ibu pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 75 laporan berkaitan isu gerakan ‘Langkah Dubai’ yang didakwa mahu menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, kesemua laporan polis itu diterima pihaknya di seluruh negara sehingga pukul 7 pagi tadi.

Menurutnya, semakan mendapati laporan itu masing-masing dibuat oleh 31 wakil atau ahli politik manakala 44 lagi orang awam.

“Polis akan memanggil individu terlibat bagi membantu siasatan kes berkenaan. Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 124C dan 505 (B) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya pada sidang akhbar, hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan laporan polis itu berdasarkan tular rakaman video tiga atau empat orang berkaitan aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen.

Polis turut mengesan video Raja Petra Kamaruddin yang bercakap berkaitan Langkah Dubai itu lebih daripada 10 hari mengenai kerajaan hendak jatuh.

Siasatan kes itu antaranya melibatkan cubaan untuk melakukan aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

Pada 30 Disember lalu, Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Datuk Ismail Yusop dilaporkan mendakwa ‘Langkah Dubai’ timbul ketika percutian beberapa pemimpin pembangkang dan tokoh-tokoh daripada pihak kerajaan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya