Kanak-kanak sembilan tahun maut jatuh tingkat 13

Kanak-kanak sembilan tahun maut jatuh tingkat 13

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 13 sebuah bangunan di Taman Cahaya Ampang, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya menerima maklumat kira-kira 7.45 malam daripada seorang wanita berkaitan kejadian. 

Katanya, wanita itu memaklumkan terdapat seorang kanak-kanak lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas terjatuh.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa bersendirian di rumah sebelum ditemukan jatuh dari tingkat 13 bangunan berkenaan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian pada pukul 7.42 malam oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Ampang.

“Bedah siasat ke atas mangsa dijalankan pada pukul 9 pagi hari ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Susulan itu, menurutnya, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Jelasnya, setakat ini pihak polis telah merakam keterangan lima individu termasuk ibu bapa, ahli keluarga dan saksi awam. 

“Siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN