MELAKA: Jangkitan kuman Tuberculosis (Tibi) pada bahagian otak sehingga menyebabkan Noor Syamimi Rohim, 33, hilang daya penglihatan, ingatan dan keupayaan berjalan sejak Oktober 2022, tidak memalapkan kasih sayang suaminya, Asdina Ariffin, 32. Asdina tidak pernah putus asa menjaga isterinya dan perkongsian klip video melalui TikTok tentang musibah menimpa Noor Syamimi mendapat reaksi positif warganet. Ketika ditemui Utusan Malaysia di kediamannya di Taman Bertam Impian di sini, Asdina berkata, ingatan isterinya…










