Kaji semula mansuh skim saraan perkhidmatan awam - MB Perlis - Utusan Malaysia

Kaji semula mansuh skim saraan perkhidmatan awam – MB Perlis

MOHD. Shukri Ramli (tiga dari kanan) bersama Ketua Pengarah Pusat Pelancongan Islam (ITC), Nizran Noordin (dua dari kiri) meninjau suasana di kawasan Gunung Medan View Point, Kangar, Perlis. -UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kerajaan perlu mengkaji semula langkah memansuhkan skim saraan bagi menggelakkan penjawat awam di negara ini terkesan dengan pelaksanaan tersebut.

Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli berkata, beliau secara peribadi sememangnya tidak bersetuju sekiranya pemberian pencen buat penjawat awam atau ahli-ahli politik membabitkan wakil rakyat dihapuskan oleh pihak kerajaan.

Mohd. Shukri berkata, majoriti rakyat di negara ini juga adalah merupakan penjawat awam dan semestinya golongan berkenaan akan terkesan sekiranya pemberian pencen itu digantikan dengan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Penjawat awam yang sudah 30 ke 40 tahun bertugas dengan kerajaan apabila telah tamat perkhidmatan apa mereka nak buat?

“Dan orang politik ini pun kalau dari muda dah terlibat dalam bidang ini, tiba-tiba tamat karier dan tak ada pencen, tak kan mereka nak kerja sawah padi?

“Secara peribadi saya memang tak setuju pencen ini dihapuskan dan perkara ini perlu dikaji semula,” katanya kepada pemberita selepas sesi ramah mesra bersama pengamal media Perlis di Gunung Medan Glass Cafe, di sini, semalam.

Kabinet sebelum ini bersetuju perjawatan bagi penjawat awam bermula Februari depan adalah berstatus tetap tetapi tidak berpencen.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, bagi penjawat awam sedia ada, status berpencen mereka tidak terjejas, sementara penjawat awam baharu itu kelak akan membuat caruman menerusi KWSP.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Adnan Mat juga mencadangkan kerajaan mengkaji semula pemberian pencen kepada ahli-ahli politik membabitkan wakil rakyat sekiranya negara berdepan kekangan kewangan sehingga terpaksa menyekat skim saraan perkhidmatan awam.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan kerajaan membelanjakan sehingga  RM2 bilion setahun untuk membayar pencen bekas ahli parlimen dan bekas anggota Kabinet termasuk Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Mohd. Shukri berkata, pemberian pencen sememangnya akan memberi kesan buat negara namun aspek kesejahteraan rakyat juga perlu diambil kira oleh kerajaan berbanding soal keuntungan mahu pun kerugian.

“Jangan hanya fikir kerajaan nak cari untung tapi mereka juga mesti cari jalan untuk sejahterakan rakyat,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya