Israel dijangka lebih ganas awal tahun 2024

Israel dijangka lebih ganas awal tahun 2024

Keadaan di bandar Gaza menunjukkan kepulan asap berikutan serangan tentera Israel semalam. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Israel dijangka akan menyerang Gaza dengan lebih dahsyat dan kejam untuk dua ke tiga bulan tahun 2024, dengan membawa naratif untuk menghapuskan gerakan Hamas secara keseluruhan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Pegawai Eksekutif IRIS Institute, Syed Ahmad Israa’ Syed Ibrahim berkata, untuk dua sehingga tiga bulan pertama ini, Israel akan lebih agresif ke atas Gaza dengan mengebom dan membunuh rakyat Gaza secara berterusan tanpa ada perikemanusiaan.

“Jangkaan saya dalam tempoh awal bulan 2024 ini, tentera haram Israel akan terus agresif ke atas Gaza tetapi lebih daripada tempoh itu, saya jangka mereka sendiri akan semakin lemah dan berunding,” katanya.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan beberapa pakar antarabangsa menyifatkan operasi ketenteraan Israel di Gaza sebagai antara serangan paling dahsyat yang mengakibatkan kemusnahan amat besar dalam sejarah peperangan.

Konflik peperangan Israel-Hamas yang memasuki minggu ke-13 tidak menunjukkan sebarang tanda akan reda dalam masa terdekat meskipun kini sudah berada di tahun baharu.

Menurut Syed Ahmad lagi, Amerika Syarikat (AS) juga dilihat sudah mula menunjukkan corak berbeza dalam menyokong Israel berbanding di awal serangan dahulu disebabkan faktor pilihan raya di Amerika Syarikat yang semakin hampir.

“ASat sudah semakin memilih dalam membantu Israel, disebabkan faktor imej untuk  Presiden Biden mendekati pilihan raya di Amerika Syarikat dan tekanan ekonomi, tetapi untuk permulaan tahun ini, Israel memang akan mengganas,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Seketariat Ops Ihsan, Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR), Jismi Johari pula berkata, setakat ini AS di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) mula tersisih selepas menggunakan kuasa vetonya dalam menyekat resolusi untuk menghentikan serangan di Semenanjung Gaza.

“Sekiranya mereka menggunakan kuasa veto untuk kali ketiga, maka segala nilai kemanusiaan yang ditaja atau dianjurkan oleh AS di serata dunia akan dipandang sebagai satu hipokrasi.

“Tindakan menggunakan veto juga adalah salah satu perancangan AS memberi masa kepada Israel utk melenyapkan Hamas, namun tidak memberi hasil yang dijangkakan,” katanya.

Jismi menembah, penduduk Gaza kini hidup dalam keadaan serba kekurangan dan sukar mendapatkan bantuan asas walaupun dari pegawai bantuan kemanusiaan.

Katanya, bekalan ubat juga sangat terhad dan sukar diperolehi sehingga memaksa rakyat Palestin mencari rawatan alternatif untuk merawat penyakit dihadapi oleh mereka.

Menurut beliau, masih banyak mayat yang tertimbus di bawah bangunan yang musnah  dan  belum dapat dikebumi dengan sempurna kerana tentera Israel menyerang Gaza tanpa henti.

“Apabila situasi ini berlaku, tidak dapat dinafikan penularan penyakit akan semakin meningkat dan membahayakan kesihatan penduduk di sana,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×