Getah import perlu dicukai, lindungi pekebun kecil

Getah import perlu dicukai, lindungi pekebun kecil

SUDAH terlalu lama nasib pekebun getah tidak terbela apabila harga getah masih rendah sehingga membebankan mereka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta me­ngenakan cukai terhadap ge­tah import bagi mengatasi jurang perbezaan harga dengan keluaran tempatan, sekali gus mem­bela nasib dan melindungi pekebun kecil getah.

Bercakap kepada Utusan Malay­sia, Presiden Persatuan Kebangsaan Pe­ke­bun-Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM), Adzmi Hassan berkata, sebanyak satu juta tan lateks atau susu getah dan getah sekerap diimport setiap tahun tanpa dikenakan sebarang cukai.

Katanya, ia menjadi salah satu penye­bab penoreh-penoreh dalam negara ini tertekan serta menghadapi kerugian dan kesempitan hidup.

Menurut Adzmi, ia berbeza dengan beberapa negara lain yang mengenakan cukai bagi melindungi industri getah tempatan mereka.

“Sebagai contoh China me­ngenakan cukai sebanyak 20 peratus, Bangladesh pula 10 peratus dan beberapa negara lain mengenakan cukai lima peratus.

“Justeru, PKPKM meminta kerajaan mengenakan cukai, ji­ka perlu laksanakan segera bagi mengimbangkan har­ga antara getah import dan tempatan. Ini supaya harga getah import tidak terlalu murah sementara getah tempatan ditekan.

“Jika tidak, bekalan getah import di dalam negara akan menjadi banyak, ini tidak baik untuk penoreh-penoreh getah tempatan,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat PKPKM, di sini baru-baru ini.

Menurut Adzmi, sebanyak 420,000 hektar atau 40 peratus daripada tanah getah di seluruh negara tidak ditoreh dan ini menyebabkan pengurangan kepada jumlah pengeluaran getah tempatan.

Katanya, pengeluar lebih gemar menggunakan bekalan getah import kerana harganya dilihat lebih murah berbanding getah tempatan.

“Pengenalan cukai terhadap bekalan getah import juga dilihat akan mengurangkan kebergantungan industri terhadap bekalan tersebut kerana kemungkinan industri akan lebih memilih bekalan getah tempatan,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau ber­kata, dalam usaha kerajaan membantu penoreh getah tempatan melalui pengenalan cukai terhadap bekalan import, kerajaan juga perlu memastikan ia tidak membebankan industri pada masa hadapan.

“Ini kerana jika industri terbeban, maka kesan itu akan kembali kepada pekebun-pe­kebun kecil. Jadi kerajaan per­lu cari kaedah terbaik untuk melaksanakan cukai berkena­an bagi memastikan kesan ia stabil,” katanya.

Menurut Adzmi, harga pe­ngeluaran getah kini men­cecah RM4 bagi setiap sekilogram (kg) iaitu lebih tinggi berban­ding Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dan Insentif Pengeluaran Lateks (IPL) yang diberikan kerajaan sebanyak RM3.

Katanya, struktur industri getah lebih kepada pekebun-pekebun kecil, di mana ia dido­minasi oleh kumpulan pekebun kecil iaitu sehingga 96 peratus di seluruh negara.

Jadi, tambahnya, sekarang banyak penoreh getah tidak dapat menampung kos pe­nge­luaran sehingga mereka me­ngambil keputusan untuk berhenti.

“Ini berpunca daripada kos pengeluaran mencapai RM4 bagi satu kg dan kerajaan beri IPG pada RM3. Jadi macam mana pekebun-pekebun kecil ini nak bertahan hidup di dalam industri? Jika kita berniaga, harga barang lebih tinggi berbanding hasil jualan. Adakah akan ada orang hendak berniaga?

“Sepatutnya IPG berdasarkan kepada kos pengeluaran yang dihadapi oleh penoreh-penoreh getah, bukannya berdasarkan perkara-perkara lain. Ini bagi memastikan kumpulan tersebut tidak menghadapi kerugian.

“Kami juga merasakan mekanisme penentuan harga per­lu dibuat bagi membantu dan memastikan pendapatan pe­kebun-pekebun kecil dapat dipertingkatkan sejajar dengan kenaikan kos,” katanya.

Untuk rekod, kos pengeluaran getah sebanyak RM4 bagi setiap satu KG adalah meliputi kos mengupah, menoreh, penjagaan ladang, membaja, me­racun, pengangkutan, bayaran ses dan kos sara hidup. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×