Datuk palsu ditahan, terima rasuah RM92,000

Datuk palsu ditahan, terima rasuah RM92,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu menahan seorang pengarah syarikat pengiklanan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak kira-kira RM92,500.

Ia sebagai balasan melantik sebuah syarikat untuk kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan papan iklan di salah sebuah daerah di negeri ini yang berjumlah RM2.5 juta.

Sumber memberitahu, suspek lelaki berusia lingkungan 60-an dipercayai ditahan kira-kira pukul 11 pagi tadi di kediamannya yang terletak di Batu Caves, Selangor.

Beliau berkata, seorang lagi suspek lelaki yang dipercayai menjadi orang tengah turut ditahan di sekitar Kuantan, Pahang pada hari yang sama.

“Suspek yang berusia lingkungan 60-an turut dipercayai menggunakan gelaran Datuk yang tidak diiktiraf dan melakukan kesalahan tersebut pada tahun 2020.

“Beliau ditahan kerana menerima wang rasuah yang dimasukkan ke dalam beberapa akaun bank dan syarikat suspek juga ditawarkan kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan papan iklan di seluruh negara melalui sebuah kementerian Kerajaan Persekutuan,” kata sumber tersebut.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, kedua-dua suspek akan dibawa untuk permohonan reman di Mahkamah Majistret Kemaman esok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya