DAP kekal kerjasama BN sehingga PRU16

DAP kekal kerjasama BN sehingga PRU16

ANTHONY LOKE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: DAP sedia meneruskan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) selepas Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) sekali gus memperkukuh kedudukan Kerajaan Perpaduan sedia ada.

Setiausaha Agungnya, Anthony Loke berkata, beliau berharap kerjasama itu akan kekal sehingga pilihan raya umum akan datang.

Beliau yang juga Menteri Pengangkutan berkata, buat masa ini, DAP menerusi Pakatan Harapan (PH) sudah menjalinkan kerjasama dengan BN.

“Kita sudah bekerjasama dengan BN. Sekarang kita dalam Kerajaan Perpaduan dan memang kita sedang bekerjasama dengan ikhlas serta jujur. Malah, setiap parti dalam Kerajaan Perpaduan juga kena berusaha seikhlas-ikhlasnya.

“Kita mengambil iktibar dan nasihat daripada Yang di-Pertuan Agong yang menyarankan supaya kita mengurangkan ‘politiking’ dan fokus usaha bangunkan negara,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Ahad lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, beliau mahu kerjasama kukuh antara BN dan PH diteruskan selepas PRU16.

Perkara itu dinyatakan pada Konvensyen Kerajaan Perpaduan yang julung kali dianjurkan di Ipoh, Perak yang mana ia disertai lebih 1,500 perwakilan selain turut dihadiri Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis Pimpinan Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini, Kerajaan Perpaduan di Perak berjaya dibentuk hasil persefahaman antara PH dan BN di mana jawatan Menteri Besar diberikan kepada BN biarpun PH memiliki 24 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN