Bekas pengurus syarikat tak mengaku rasuah RM10,500 - Utusan Malaysia

Bekas pengurus syarikat tak mengaku rasuah RM10,500

Polis rasuah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang bekas pengurus gudang sebuah syarikat logisitik mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengambil suapan berjumlah RM10,500 di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini.

Tertuduh, Jasryn Hilmy Juraidi, 41, membuat pengakuan itu selepas tujuh pertuduhan kes tersebut dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim, Awang Kerisnada Awang Mahmud.

Mengikut pertuduhan, tertuduh menerima suapan daripada pemilik syarikat Teras Raya Enterprise, Tumiran Saliman sebanyak RM10,500 secara berperingkat sebagai upah bagi mempercepatkan proses tuntutan bayaran Pos Logistic Berhad untuk 13 buah dokumen invois Teras Raya Enterprise yang berjumlah RM525,543.60.

Jasryn Hilmi dituduh menerima suapan tersebut dekat sebuah cawangan bank di Pelabuhan Klang, sekitar 30 September 2019 hingga 26 Februari 2021.

Atas kesalahan tersebut, tertuduh didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16(a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama iaitu penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Irna Julieza Maaras kemudian memohon mahkamah untuk menetapkan ikat jamin ke atas tertuduh sebanyak RM40,000 dengan seorang penjamin.

Namun peguam tertuduh, Noor Zurawati Ishak memohon mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak RM10,000 kerana Jasryn Hilmi satu-satunya ahli keluarganya yang bekerja dan perlu menanggung dua orang anaknya serta ibu bapanya.

Hakim Awang Kerisnada kemudian bersetuju menetapkan ikat jamin tertuduh kepada RM10,000 dengan seorang penjamin.

Beliau juga meminta Jasryn Hilmi menyerahkan pasportnya kepada mahkamah dan melaporkan diri di ibu pejabat SPRM Selangor di Shah Alam pada minggu pertama setiap bulan sebagai syarat tambahan.

Kes itu akan disebut semula di mahkamah sama pada 21 Februari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya