GEORGE TOWN: Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Begitulah kesukaran hidup dilalui seorang bekas bilal masjid di sini, Faisal Inwar Badaruddin, 48. Bermula daripada hanya sakit mata yang mengakibatkan mata kirinya buta kira-kira enam tahun lalu, bapa tunggal kepada lima anak itu diuji lagi apabila kini disahkan mengidap kanser usus tahap tiga beberapa bulan lepas. Lebih menyedihkan, Faisal Inwar turut berdepan risiko kehilangan penglihatan kedua-dua belah matanya apabila tahap penglihatan mata…










