SETIU: Seorang pengawal keselamatan yang sedang bertugas di sebuah sekolah kebangsaan di Kampung Buluh, di sini terpaksa berteduh di dalam kereta selepas sekolah tersebut dilanda banjir sejak petang semalam. Che Siti Nor Zaitul Hazma Mahmud, 36, berkata, ketika bertugas dia tidak boleh meninggalkan kawasan sekolah itu walaupun air telah memenuhi kawasan sekolah berkenaan. “Demi amanah dan tanggungjawab yang diberikan saya perlu memastikan keselamatan kawasan sekolah meskipun dalam masa yang sama…










