82,876 kes kemalangan babitkan pekerja sepanjang tahun lalu

82,876 kes kemalangan babitkan pekerja sepanjang tahun lalu

ABDUL Rahman Mohamad melancarkan garis panduan pengurusan hilang upaya di tempat kerja kepada majikan di Menara Perkeso, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mendedahkan sebanyak 82,876 kes kemalangan membabitkan pekerja dilaporkan sepanjang tahun lalu.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohammad berkata, ia membabitkan 44,422 kes kemalangan industri atau kemalangan di tempat kerja dan 38,454 kes pula kemalangan perjalanan ke tempat kerja.

Beliau berkata, bagi tempoh sama, 1,060 kes kemalangan maut direkodkan dengan 310 kematian akibat kemalangan industri dan 750 kes maut ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.

“Secara puratanya, kira-kira dua maut membabitkan pekerja yang kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.

“Angka itu tinggi dan kalau dibandingkan dalam masa setahun ia mungkin sekitar 800 kes maut,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Geran Bantuan Kewangan Perkeso kepada institusi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) 2024, di sini hari ini.

Justeru, katanya, pihaknya mahu semua pihak memainkan peranan masing-masing terutama institusi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memberi kesedaran mengenai langkah keselamatan yang berkaitan kepada pekerja di negara ini.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, kementerian hari ini mengagihkan geran bantuan keseluruhan bernilai RM4 juta kepada institusi dan NGO bagi melaksanakan program kesedaran dan keselamatan di tempat kerja sekurang-kurangnya dapat membantu menurunkan statistik kemalangan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya