Lelaki maut motosikal terbabas dalam gaung - Utusan Malaysia

Lelaki maut motosikal terbabas dalam gaung

ANGGOTA bomba membantu membawa naik penunggang motosikal yang maut selepas kenderaan miliknya terbabas dan terjatuh ke dalam gaung sedalam 10 meter di Puncak Gerik dekat JRTB hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Seorang lelaki maut selepas motosikal jenis Kawasaki Z250 yang ditunggangnya terbabas dan terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 10 meter di Puncak Gerik, Lebuh Raya Timur-Barat (JRTB) di sini hari ini.

Mangsa, Amir Afiq Adnan, 26, beralamat di Bachok, Kelantan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 10.09 pagi.

Katanya, sepasukan 12 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik kemudian diatur gerak ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, ketua operasi melakukan penilaian situasi (size up) dan mengaplikasikan konsep SAVER sebelum mengarahkan anggota melakukan kerja-kerja menyelamat.

“Mangsa kemudian dibawa naik ke atas jalan menggunakan pengusung melalui laluan longkang bertingkat di tepi lebuh raya,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan oleh petugas kesihatan mendapati mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada pukul 11.58 pagi,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN