1,237 kes jenayah komersial dilaporkan di Terengganu - Utusan Malaysia

1,237 kes jenayah komersial dilaporkan di Terengganu

MAZLI MAZLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 1,237 kes jenayah komersial membabitkan jumlah kerugian lebih RM33.3 juta dilaporkan di Terengganu pada tahun lalu.

Ketua Polis Negeri, Datuk Mazli Mazlan berkata, antara laporan diterima pihaknya adalah kes penipuan, Macau Scam, Love Scam dan pelaburan tidak wujud.

Menurut beliau, jenayah komersial di negeri ini masih pada tahap membimbangkan meskipun jumlah kes menurun lebih lima peratus berbanding 1,311 kes pada 2022.

“Hal ini kerana walaupun menunjukkan penurunan kes, jumlah kerugian meningkat daripada RM 24,382,776.53 pada 2022 kepada RM33,324,213.03, tahun lalu.

“Ini menunjukkan penjenayah berani menyasarkan jumlah wang yang lebih tinggi daripada mangsa dengan kes penipuan paling banyak direkodkan iaitu 1,184 kes.

“Sepanjang tahun lalu juga, 658 tangkapan telah dibuat bagi kes jenayah komersial, berbanding 536 tangkapan pada 2022,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Sementara itu, Mazli berkata, pihaknya telah mengutip lebih RM4.4 juta hasil daripada 136,401 saman yang dikeluarkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT).

Jelas beliau, saman tersebut dikeluarkan menerusi 980 operasi sepanjang 2023 yang turut menyaksikan sebanyak 252 kes kemalangan maut direkodkan di negeri itu.

Menurutnya, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) juga mengesan kesalahan tatatertib dalam kalangan pegawai dan anggota polis Terengganu.

Katanya, JIPS telah membuka 54 kertas siasatan tatatertib terhadap 72 pegawai iaitu
lima pegawai kanan, 65 pegawai rendah dan dua pegawai awam.

“Sebanyak 45 kertas inkuiri tatatertib pula melibatkan sembilan pegawai kanan dan 50 pegawai rendah. Hasil siasatan, seramai 12 pegawai telah diambil bekerja semula,” tambah beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya